My Add

Tuesday 17 July 2012

Mimos-PDRM naik taraf sistem C4I

*ISMAIL Omar (duduk, dua dari kiri) dan Abdul Wahab Abdullah (duduk, dua dari kanan) bersama Pengarah Bahagian Logistik, Datuk Pahlawan Zulkifli Abdullah (kiri) dan Ketua Pegawai Operasi Mimos, Abdul Aziz Abdul Kadir menandatangani MoU antara PDRM dan Mimos Bhd. di Bukit Aman, Kuala Lumpur, semalam.

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
KUALA LUMPUR, ISNIN, 16 Julai, 2012: Mimos Bhd. (Mimos) akan memberi 'nafas baru' kepada Unit Perintah Kawalan Komunikasi dan Integrasi Komputer (C4I) yang diguna pakai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengekalkan keselamatan dan ketenteraman awam sejak 10 tahun lalu.

Penambahbaikan oleh Mimos itu dilihat selari dengan peredaran masa dan berupaya memerangi jenayah melalui sistem aplikasi yang lebih mantap.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, Lembah Klang menjadi projek perintis penambahbaikan itu dan sejumlah RM8 juta telah diperuntukan sejak tahun lalu untuk tujuan pembaharuan sistem C4I. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment