My Add

Tuesday 17 July 2012

Penganjur Himpunan Oren berniat jahat

*MOHD. Isa Abdul Samad (dua dari kanan) menyempurnakan gimik pelancaran produk racun rumpai JURU 20DF sambil disaksikan oleh Emir Huzaimi Md. Noh (dua dari kiri) dan Ong Ewe Hock (kanan) di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, ISNIN, 16 Julai, 2012: Himpunan Oren yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan di sini kelmarin, membuktikan niat jahat pakatan pembangkang untuk merosakkan reputasi dan menjatuhkan nilai saham Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV).

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, penganjur perhimpunan tersebut dipercayai berbuat demikian bagi menimbulkan keraguan dalam kalangan pelabur FGV.

Menurut beliau, mereka berharap tindakan itu akan mengakibatkan nilai saham FGV merudum dan seterusnya menyebabkan peneroka marah dan tidak menyokong kerajaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment