My Add

Friday 20 July 2012

Isu air Selangor babitkan kepentingan negara

ALOR SETAR, KHAMIS, 19 Julai, 2012: Langkah Kerajaan Pusat menubuhkan jawatankuasa khas bagi menangani masalah air yang semakin kritikal di Selangor adalah tepat kerana ia melibatkan kepentingan negara.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, ini kerana kegagalan kerajaan negeri Selangor menguruskan pembekalan air terawat boleh menjejaskan ekonomi bukan sahaja di negeri itu tetapi negara.

"Kerajaan Selangor gagal dalam hal ini tetapi ia bukan soal menjejaskan ekonomi Selangor sahaja kerana ekonomi negara juga boleh terjejas sebab aktiviti ekonomi di Selangor memberi sumbangan terbesar kepada ekonomi negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Pekerja Cemerlang Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Kedah, di Anak Bukit, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment