My Add

Friday 20 July 2012

Juruwang dipaksa tanggal pakaian

*MANGSA menunjukkan salinan laporan polis berhubung kejadian penyelia menyuruh dia menanggalkan pakaian kerana dituduh mencuri, ketika ditemui pemberita di Batu Pahat, 
semalam.

Oleh HAMDAN TAWADI
BATU PAHAT, KHAMIS, 19 Julai, 2012: Seorang wanita yang bertugas sebagai juruwang di sebuah farmasi mendakwa dipaksa menanggalkan pakaian hanya kerana dituduh mencuri RM50 di tempat kerjanya itu di sini baru-baru ini.

Mangsa yang berusia 24 tahun berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 petang Isnin lalu apabila dua wanita yang merupakan penyelia farmasi itu menyatakan wang jualan kurang RM50 lalu menuduh dia mengambil duit itu.

Dia kemudian menafikan telah mengambil duit itu namun, penyelia terbabit tidak mempercayainya dan mereka melakukan pemeriksaan badan secara luaran ke atasnya di bilik pejabat pengurusan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment