My Add

Friday 20 July 2012

Jabatan Agama Islam Selangor sudah ambil keterangan Yeya

SHAH ALAM, KHAMIS, 19 Julai, 2012: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan telah mengambil keterangan Wan Atira Aina Wan Jasmeen, 19, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan remaja itu telah bernikah di negara jiran.

Pengarahnya, Datuk Marzuki Hussin berkata, remaja itu diambil keterangan selepas hadir ke pejabat jabatan berkenaan, di sini semalam.

Beliau berkata, turut diambil keterangan ialah Mohd. Rizwan Mohd. Ramalan, 19, remaja yang didakwa suami Wan Atira Aina.

"JAIS ketika ini sedang menunggu keputusan Mahkamah Syariah bagi mengesahkan status pernikahan mereka," katanya selepas menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang JAIS di Dewan Orkid, Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), di sini hari ini.

Utusan Malaysia pada 11 Julai lalu menyiarkan rayuan Wan Jasmeen Wan Ali, 50, dan Ruslina Lazim, 49, yang meminta campur tangan polis agar anak gadis mereka, Wan Atira Aina yang kini didakwa berada dalam jagaan sebuah keluarga dapat dibawa pulang.

No comments:

Post a Comment