My Add

Friday 20 July 2012

Selangor mahu jawapan dalam dua minggu

PUTRAJAYA, KHAMIS 19 Julai, 2012: Kerajaan negeri Selangor hari ini memberi tempoh dua minggu kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk memberi jawapan berhubung niatnya mengambil alih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri, Dr. Xavier Jayakumar berkata, kerajaan negeri bersedia sepenuhnya untuk mengambil alih pengurusan Syabas serta memastikan peralihan pengurusan berjalan lancar.

Xavier bagaimanapun enggan mengulas secara terperinci apabila ditanya tindakan susulan Kerajaan Selangor sekiranya pengambilalihan Syabas tidak disetujui.

"Saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi, tindakan susulan hanya akan diumum selepas kita sampai ke situasi itu," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan surat berhubung niat kerajaan negeri untuk mengambil alih pengurusan Syabas di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment