My Add

Friday 20 July 2012

Wanita pura-pura sakit jantung elak rumah dirampas

PULAU PINANG, KHAMIS, 19 Julai, 2012: Helah seorang warga emas yang berpura-pura diserang sakit jantun, KAMIS,g bagi mengelak rumahnya di Lintang Sungai Ara di sini dikosongkan tidak menjadi apabila dia terpaksa akur dengan perintah Mahkamah Sesyen di sini.

Kediaman wanita berusia 60-an bersama suaminya itu terpaksa dipecah masuk oleh bailif setelah dia enggan bekerjasama.

Tindakan tersebut diambil berikutan pasangan itu gagal mematuhi keputusan mahkamah selepas dua kali menerima notis mengosongkan premis tersebut pada Mei lalu.

Menurut jurucakap mahkamah, pasangan tersebut juga melepaskan 20 ekor anjing milik mereka bagi menakut-nakutkan bailif.

"Selain melepaskan 20 ekor anjing di pekarangan rumah, wanita tersebut juga berpura-pura diserang sakit jantung.

"Kami telah mendapatkan bantuan ambulans tetapi dia enggan ke hospital malah dia dilihat kembali normal dan sesekali meninggikan suara apabila melihat kesemua harta bendanya termasuk perabot dan pakaian diusung keluar," katanya kepada Utusan Malaysia.

No comments:

Post a Comment