My Add

Thursday 26 July 2012

Jakim lancar 'Ops Bufet Ramadan'

Oleh BADRUL HAFIZAN MAT ISA
KUALA LUMPUR, RABU, 25 Julai, 2012: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mula bertindak melakukan pemeriksaan terhadap hotel-hotel yang belum memiliki sijil halal dan melanggar arahan supaya tidak menyalahgunakan istilah bufet Ramadan.

Dalam pemeriksaan hari ini, pasukan penguat kuasa Jakim dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melakukan pemeriksaan mengejut di sebuah hotel di Kajang.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Azizan Shaari berkata, hasil pemeriksaan terhadap dapur hotel berkenaan mendapati ada bahan-bahan yang meragukan status halalnya.

"Menurut maklumat yang diterima, hotel ini mempunyai restoran tidak halal yang turut menyediakan makanan berasas daging babi. Justeru, menerusi prosedur baru, mana-mana hotel yang menyediakan masakan berasaskan daging babi, Jakim tidak akan mengeluarkan sijil halal," katanya pada sidang akhbar selepas pemeriksaan ke atas hotel tersebut di sini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment