My Add

Thursday 26 July 2012

UiTM di Raub, Nilai

Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN
PUTRAJAYA, RABU, 25 Julai, 2012: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menandatangani dua memorandum persefahaman (MoU) bagi pembangunan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Raub, Pahang dan Institut Latihan UiTM Nilai di Negeri Sembilan.

Majlis menandatangani MoU itu disaksikan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di sini hari ini.

Ketua Setiausaha KPT, Datuk Ab. Rahim Md. Noor berkata, kedua-dua projek pembangunan itu adalah kesinambungan agenda negara untuk menambah pengambilan pelajar daripada 100,000 kepada 200,000 menjelang 2015.

Katanya, projek tersebut adalah yang ketiga dan keempat daripada enam projek fasa dua pembangunan kampus UiTM di bawah inisiatif pembiayaan swasta (PFI) menerusi Rancangan Malaysia Ke-sepuluh (RMK-10). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment