My Add

Thursday 26 July 2012

Prasarana jamin keselamatan projek landasan LRT

KUALA LUMPUR, RABU, 25 Julai, 2012: Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana), pemilik projek dan aset projek sambungan landasan transit aliran ringan (LRT), berkata jurutera yang bekerja bagi projek itu adalah berkelayakan tinggi dan berpengalaman dalam memastikan semua aspek keselamatan dipatuhi sepenuhnya.

Ketua Komunikasi Kumpulan Prasarana Masnizam Hisham berkata selain itu, kontraktor-kontraktor juga diselia oleh Prasarana dan pegawai Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di bawah Kementerian Sumber Manusia.

"Kami ingin menegaskan bahawa keselamatan orang ramai menjadi keutamaan Prasarana semasa melaksanakan projeknya dan dalam menyediakan perkhidmatannya.

"Pada setiap masa, keselamatan tidak pernah diabaikan dalam menjalankan tugas kami," katanya dalam kenyataan hari ini sebagai respons terhadap kebimbangan mengenai faktor keselamatan yang dibangkitkan pihak tertentu.

Masnizam berkata Prasarana dan kontraktornya sentiasa bekerjasama dengan semua agensi relevan - baik di peringkat negeri mahupun di peringkat persekutuan - terutamanya dalam mendapatkan semua kelulusan dan permit yang diperlukan termasuk di peringkat kerja awal.

"Prasarana ingin menegaskan bahawa semua kerja yang dilaksanakan oleh syarikat dan kontraktornya hanya dimulakan selepas permit dan kelulusan yang diperlukan dikeluarkan oleh pihak berkuasa relevan," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment