My Add

Thursday 5 July 2012

Jambatan Kedua komitmen kerajaan BN pesatkan ekonomi

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 05 Julai, 2012: Jambatan kedua Pulau Pinang sepanjang 23.6 kilometer yang hampir siap pembinaannya, membuktikan komitmen tinggi kerajaan Pusat untuk terus melonjak dan memesatkan pembangunan ekonomi Pulau Mutiara itu walaupun ia kini diperintah parti pembangkang. 

Hakikat kesungguhan kerajaan Barisan Nasional (BN) membina jambatan bernilai RM4.5 bilion itu tidak dapat dinafikan, termasuk oleh DAP yang menerajui pakatan pembangkang di negeri itu, yang sebelum ini mendabik dada kononnya merekalah yang membawa pembangunan dan menarik pelaburan asing yang besar. 

Pembangkang tidak boleh mengelabui mata rakyat dengan membuat pelbagai dakwaan kerana rakyat sedar bahawa pertumbuhan ekonomi Pulau Pinang, yang sebelum ini diperintah oleh BN, adalah atas asas kukuh dan prasarana yang baik yang dibangunkan kerajaan BN. 

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow berkata, pembinaan jambatan kedua itu mampu memacu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan yang lebih pesat untuk faedah rakyat di negeri itu. 

"Dengan memacu pertumbuhan ekonomi, jambatan ini akan membantu mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak kepada penduduk setempat selain merancakkan lagi industri perumahan. 

"Inilah manfaat yang boleh dinikmati oleh pelabur dan rakyat di negeri ini. Tentunya faedah lain termasuk mengurangkan kesesakan lalulintas," katanya kepada ketika dihubungi hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment