My Add

Tuesday 3 July 2012

JPN perjelas dakwaan pembangkang


MURID Tahun Enam, Nur Farah Hezrieen (kanan) ditemani bapanya, Azmi Muhamad Isa (kiri) mengambil kesempatan untuk membuat kad pengenalan baru di pejabat bergerak JPN di Sekolah SK Simpang, Taiping, semalam. - BERNAMA

Oleh AMIZUL TUNIZAR
AHMAD TERMIZIAMA
TAIPING, ISNIN, 02 Julai, 2012: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan dakwaan kononnya ada mengeluarkan taraf kewarganegaraan kepada warga asing supaya boleh mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Ketua Pengarahnya, Datuk Jariah Mohd. Said berkata, JPN bertanggungjawab memproses permohonan daripada warga asing yang layak dan terpulang kepada mereka untuk mengundi atau tidak setelah berjaya mendapat status warganegara.

Sambil menyifatkan dakwaan tersebut tidak berasas, Jariah menjelaskan, Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 19(1) dan Perkara 15(1) membenarkan warga asing yang layak memohon kewarganegaraan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment