My Add

Tuesday 3 July 2012

Bujang Seblak mati ditampar pawang

*INDET Sanabong menunjukkan kesan tembakan yang dilepaskan penduduk kampung pada rahang Bujang Seblak dalam usaha mendapatkan mayat Siah pada petang 19 Jun lalu, di Saratok, Sarawak, semalam.

Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
SARATOK, ISNIN, 02 Julai, 2012: Genap 14 hari selepas membaham seorang wanita, Siah Munsong, seekor buaya ganas yang digelar Bujang Seblak seberat lebih 200 kilogram tumpas di tangan pawang buaya tersohor dari Betong, Indet Sanabong, 49.

Buaya jantan itu disahkan sebagai Bujang Seblak berdasarkan kesan dua tembakan iaitu pada mata dan rahang kiri yang dilepaskan penduduk kampung dalam usaha mendapatkan mayat Siah, 42, yang digonggong reptilia itu selama empat jam pada petang 19 Jun lalu.

Buaya sepanjang 3.65 meter dengan lebar badan kira-kira 0.8 meter itu ditangkap hidup-hidup oleh pawang berkenaan pada pukul 8 pagi ini selepas memakan umpan daging anjing yang dipasang di Sungai Nyiar, di hilir Sungai Anak, Roban petang semalam.

Ketibaan bangkai buaya ganas yang digelar Bujang Seblak di pangkalan perahu, pekan Roban di sini, pada pukul 2.30 petang hari ini 'disambut' lebih 1,000 penduduk setempat.
*BUJANG Seblak yang tewas di tangan pawang buaya, Indet Sanabong diheret orang ramai sejauh 500 meter dari pangkalan perahu, pekan Roban ke Balai Polis Roban sambil diperhatikan lebih 1,000 penduduk di Saratok, Sarawak, semalam.
Suasana pekan Roban yang biasanya sunyi bertukar meriah selepas berita penangkapan Bujang Seblak tersebar di kalangan penduduk sejak 10 pagi.

Beberapa penduduk yang ditemui menyifatkan jumlah orang yang berkumpul petang ini untuk melihat Bujang Seblak adalah yang terbesar di pekan berkenaan mengalahkan sambutan yang pernah diterima mana-mana pembesar negeri yang melawat kawasan itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment