My Add

Friday 20 July 2012

Kertas siasatan pukul pekerja hotel siap

SEREMBAN, KHAMIS, 19 Julai, 2012: Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kejadian seorang pegawainya yang didakwa mencederakan seorang pekerja hotel di Seremban 2, di sini kelmarin

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abd. Manan Mohd. Hassan berkata, kertas siasatan itu akan diserahkan kepada pihak pendakwa raya untuk tujuan pendakwaan dalam tempoh terdekat.

"Polis akan mengambil tindakan mengikut undang-undang tanpa mengira sama ada yang terlibat itu pegawai polis atau orang awam sekiranya seseorang itu terlibat melakukan kesalahan jenayah.

"Kita mesti adil dan untuk itu kita tidak akan berkompromi, lebih-lebih lagi jika kes ini mencemarkan imej pasukan keselamatan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, polis bertindak pantas menahan seorang pegawainya berpangkat inspektor kerana didakwa mencederakan seorang pekerja hotel dalam kejadian kira-kira pukul 2.50 pagi kelmarin. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment