My Add

Monday 16 July 2012

Kaedah baru cagaran pembiayaan peribadi

Oleh AHMAD FADZIL zAINOL ARIFFIN
PETALING JAYA, AHAD, 15 Julai, 2012: Kepesatan industri telekomunikasi negara kini telah membuatkan alat peranti seperti telefon bimbit atau perkhidmatan perhubungan dianggap sebagai barangan keperluan ataupun komoditi.

Hal itu sebenarnya telah membuka idea kepada syarikat IDOTTV Sdn. Bhd. (IDOTTV) untuk mengendalikan perkhidmatan pembiayaan peribadi berlandaskan syariah menggunakan kredit masa berbual sebagai cagaran bagi meluluskan pembiayaan, dinamakan sebagai As-Sidq.

Pengarah Produk IDOTTV, Halim M. Dzin berkata, kredit masa berbual yang dianggap sebagai komoditi itu akan dicagarkan semasa proses permohonan pembiayaan antara peminjam, pihak bank, syarikat telekomunikasi serta pembeli tersedia.

Jelasnya, kaedah tersebut telah bermula sejak 2009 dan mendapat kelulusan daripada Bank Negara Malaysia sebagai salah satu bentuk kewangan berlandaskan konsep Islam, kerana menepati piawaian yang memerlukan komoditi - dalam kes ini adalah kredit masa berbual untuk pembiayaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment