My Add

Monday 16 July 2012

RM100 juta jualan hartanah bumiputera

KUALA LUMPUR, AHAD, 15 Julai, 2012: Pameran Harta Tanah Bumiputera 2012 (BPEX 2012) tahun ini disasarkan mencatatkan nilai jualan hartanah bernilai RM100 juta.

Pengarah Urusan, MMC Sdn. Bhd. (penganjur pameran), Syikin Taib berkata, sasaran itu mampu dicapai berdasarkan RM60 juta nilai jualan diperoleh sewaktu BPEX 2012 pertama diadakan April lalu.

"Lebih 3,800 unit hartanah bernilai RM1.5 bilion sekitar Lembah Klang ditawarkan pada BPEX2012 yang berlangsung semalam hingga hari ini," katanya.

BPEX 2012 seterusnya dijadual diadakan pada 23 hingga 25 November ini di pusat beli-belah Midvalley Megamall. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment