My Add

Thursday 19 July 2012

Pas tidak bersekongkol dengan DAP, tegas Nasrudin

NOOR AZURA SAHRIL
SHAH ALAM, KHAMIS, 19 Julai, 2012: Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, Pas tidak pernah bersekongkol dengan DAP kerana ia adalah tahaluf siasi.

Menurut Nasrudin, hal ini kerana Pas sedar dengan hanya satu parti tidak boleh menang di negara ini.

“Pas perlu akui realiti, tidak menang dengan satu parti. Kerjasama dengan DAP, salah satu parti komponen Pakatan Rakyat (PR) adalah dalam konteks politik,” katabeliau pada Debat Sinar Harian hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, Pas tidak menggadai prinsip perjuangan parti dengan negara berkebajikan kerana ia tidak bertentangan dengan Islam.

“Ada pihak mengatakan Pas kononnya mengadai prinsip perjuangan dengan mengatakan negara berkebajikan tidak kena dan tidak betul, sedangkan ia tidak bertentangan dan sangat bertepatan dengan Islam,” katanya.

Sambil itu Nasrudin berkata, orang muda memainkan peranan sebagai ejen perubahan yang disaksikan pada 1970-an dan juga ketika Pilihan Raya Umum (PRU) empat tahun lalu.

Sehubungan itu kata beliau, anak muda mahukan perubahan dan kebangkitan anak muda telah mencetusksn tsunami politik 2008.

Malah katanya, detik bersejarah Arab Spring menunjukkan orang muda ada kuasa besar sehingga menjadi pencetus yang mampu menjatuhkan kerajaan kerana mereka memilih perubahan.

No comments:

Post a Comment