My Add

Tuesday 3 July 2012

Kelindan patah kaki, lori jatuh dari jejambat

GUNI-GUNI plastik bertaburan di atas jalan apabila sebuah lori yang membawa bahan tersebut terjatuh ke bawah jejambat setelah terbabas di Jalan Ros Merah Utama Taman Johor Jaya, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU, ISNIN, 02 Julai, 2012: Seorang kelindan lori, P. Iswaran, 18, patah kedua-dua kaki setelah kenderaan dipandu abangnya hilang kawalan sebelum terjatuh ke laluan bawah ketika melalui sebuah jejambat di Jalan Ros Merah Utama, Taman Johor Jaya di sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 8 pagi ketika lori itu yang dipandu abang mangsa, Ramu Mariapan, 22, di Lebuh Raya Pasir Gudang hilang kawalan sebelum merempuh penghadang jalan dan terjatuh ke bawah jejambat berkenaan.

Iswaran yang cedera di kaki berjaya dikeluarkan oleh sepasukan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Taman Johor Jaya yang diketuai Ketua Operasinya, Azmi Abdullah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment