My Add

Tuesday 17 July 2012

Kematian gadis Penan timbulkan persoalan

MIRI, ISNIN, 16 Julai, 2012: Kematian remaja perempuan Penan berusia 19 tahun dari Long Banga dekat sini petang semalam, yang dipercayai meminum racun menimbulkan tanda tanya kerana perbuatan membunuh diri jarang berlaku dalam komuniti tersebut.

Ketua Polis Daerah Baram, Asisten Supritendan Abu Bakar Mokhtar berkata, mangsa, Falisha Joseph yang sarat mengandung dilaporkan meminum sejenis racun pada pukul 1 petang sebelum disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Klinik Kesihatan Long Banga.

Katanya, mayat akan diterbangkan dengan helikopter ke Hospital Miri malam ini atau pagi esok untuk bedah siasat.

Jelasnya, pada masa ini kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut namun kertas siasatan akan dibuka untuk mendapatkan kepastian.

"Punca sebenar yang mendorong remaja berkenaan meminum racun masih dalam siasatan polis. Kita akan dapatkan laporan bedah siasat untuk melihat sama ada wujud kesan kecederaan lain pada anggota badannya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment