My Add

Tuesday 17 July 2012

MyCC jalankan kajian mengenai pasaran ayam

*SURUHANJAYA Persaingan Malaysia mengadakan kajian pasaran ayam bagi memastikan perkembangan sihat industri ternakan itu. - GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR, ISNIN, 16 Julai, 2012: Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) dalam proses untuk berunding dengan pemain industri dan khalayak umum mengenai hasil kajian pasaran ayam yang dijalankan MyCC.

Kajian pasaran ayam merupakan kajian pertama MyCC sejak Akta Persaingan 2010 dikuatkuasakan bermula tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Siti Norma Yaakob berkata, rundingan tersebut akan dijalankan sehingga 29 Ogos depan.

Malah, katanya, pelbagai pihak dipelawa menyertai rundingan kajian yang dijalankan MyCC bagi mendapatkan input yang terbaik.

"Kajian kami telah pun siap dan telah dimuatnaik dalam laman sesawang MyCC," tegas beliau. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment