My Add

Thursday 26 July 2012

Keputusan berdasarkan hasil kajian ilmiah

KUALA LUMPUR, RABU, 25 Julai, 2012: Parti-parti politik dan rakyat yang tidak bersetuju dengan hasil kajian yang dijalankan oleh ahli akademik berhubung jangkaan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 perlu lebih rasional kerana ia berdasarkan kajian ilmiah yang melibatkan pengundi-pengundi.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, sebagai ahli akademik mereka akan sentiasa memastikan setiap kajian adalah berkecuali supaya hasilnya mempunyai kebolehpercayaan.

Beliau meminta rakyat atau mana-mana pihak tidak meragui hasil kajian yang dibuat kerana ia dilakukan secara profesional serta tanpa berpihak.

"Sebagai contoh kajian bertajuk Perbandingan Prestasi dan Potensi Barisan Nasional (BN) vs Pas di Kedah yang telah dijalankan oleh seorang ahli akademik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Rohana Yusof melibatkan 10,800 responden dan kesemuanya dalam kalangan pengundi," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment