My Add

Sunday 15 July 2012

Kerajaan belanja RM31.317 juta bantu veteran ATM

PASIR MAS, SABTU, 14 Julai, 201: Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) telah membelanjakan sebanyak RM31.317 juta sejak 10 tahun lalu untuk membantu veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi beberapa skim yang disediakan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad berkata, ini menunjukkan sikap prihatin kerajaan dalam memastikan nasib golongan terlibat sentiasa terbela.

Berdasarkan statistik perbelanjaan skim kebajikan yang disediakan, katanya, ia sentiasa meningkat dari setahun ke setahun dan membuktikan golongan terbabit tidak pernah terlepas pandang oleh kerajaan.

"Pada 2011 sebanyak RM6.526 juta bantuan dibelanjakan membabitkan semua skim kebajikan yang disediakan berbanding 2010 sebanyak RM5.213 juta.

"JHEV menyediakan lima skim bantuan iaitu bantuan sara hidup, peralatan pesakit, persekolahan, institusi pengajian tinggi awam dam bencana alam," katanya pada majlis Penyampaian Pingat Jasa Malaysia (PJM) dan Sumbangan Kebajikan JHEV kepada veteran ATM Negeri Kelantan di sini semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment