My Add

Sunday 15 July 2012

MIFB 2012 meriah

Oleh FAZRINA AYU RADUIAN
KUALA LUMPUR, SABTU, 14 Julai, 2012: Pameran Perdagangan Makanan dan Minuman Antarabangsa Malaysia (MIFB) 2012 mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung dan pempamer yang mengambil bahagian dalam pameran tersebut.

Biarpun hari terakhir pameran, orang ramai masih membanjiri pameran tersebut kerana ia menjadi satu platform penting untuk peserta industri berkumpul bagi meninjau perkembangan perniagaan dan peluang-peluang menjana pendapatan.

Seorang pengunjung dari Kanada, David Gellman berkata, MIFB menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang berkaitan dengan industri makanan dan minuman yang menarik perhatian setiap tahun.

"Pameran ini turut membuka peluang kepada syarikat dalam mahupun luar negara yang mengambil bahagian untuk meningkatkan lagi jualan mereka," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment