My Add

Sunday 15 July 2012

MRA teruskan bantuan di Pakistan

KUALA LUMPUR, SABTU, 14 Julai, 2012: Malaysian Relief Agency (MRA) akan meneruskan misi bantuan kemanusiaan kepada mangsa banjir buruk di Pakistan yang telah dilakukan sejak dua tahun lalu.

Setiausaha Agung MRA, Dr. Mohd. Daud Sulaiman berkata, usaha bantuan fasa kedua itu penting buat masyarakat di negara itu terutama dalam program seperti kesihatan, pendidikan, kemudahan air dan kebersihan.

Katanya, projek bantuan itu akan diteruskan melalui rayuan sumbangan daripada orang ramai untuk disalurkan kepada Tabung Kemanusiaan Pakistan Kumpulan Utusan-MRA, serta kerjasama dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara itu, Yayasan Al-Khidmat.

Menurut beliau, pertubuhan itu memerlukan sebanyak RM1.5 juta bagi melengkapkan misi kemanusiaan tersebut dan kutipan Tabung Kemanusiaan Pakistan Kumpulan Utusan-MRA yang dilancarkan sejak Ogos 2010 kini mencecah RM693,825. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment