My Add

Friday 20 July 2012

Kerajaan Selangor keterlaluan

SHAH ALAM, KHAMIS, 19 Julai, 2012: Persatuan Kebajikan India Malaysia (PKIM) menyifatkan tindakan kerajaan negeri tidak membenarkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) sebagai keterlaluan kerana ia bukan sahaja akan menjejaskan rakyat di Selangor tetapi juga di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Presidennya, A. Prakash berkata, alasan kerajaan negeri untuk menstruktur semula industri air di negeri ini dan bercadang mengambilalih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) juga tidak praktikal kerana ia tidak akan menyelesaikan krisis bekalan air terawat yang sedang berlaku.

"Kita (PKIM) berpandangan jika proses pengambilalihan Syabas berlaku, ia akan memakan masa yang lama. Akhirnya usaha untuk menangani krisis bekalan air terawat akan tertangguh," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment