My Add

Thursday 19 July 2012

Kes kanak-kanak M’sia dijual jadi buruh disiasat

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 19 Julai, 2012: Polis Republik Indonesia (Polri) akan menyiasat sama ada wujud unsur pelanggaran undang-undang berhubung kes seorang kanak-kanak warga Malaysia berusia 12 tahun yang didakwa dijual dan menjadi buruh paksa di republik itu.

Timbalan Ketua Badan Reserse Kriminal (Bareskrim) Polri, Inspektor Jeneral Drs. Saud Usman Nasution berkata, pihaknya akan meminta polis daerah Lampung, Sumatera Selatan untuk menyiasat perkara itu sebelum tindakan lanjut diambil.

"Kita akan siasat benar atau tidak dakwaan tersebut (ada unsur penjualan) dan jika benar kita akan mengambil tindakan dan memaklumkan kepada Polis Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat dua hala antara Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bareskrim Polri di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan akan menjurus sama ada wujud unsur pemerdagangan kanak-kanak, pekerja komersial seks atau bekerja di bawah umur 16 tahun.

Dua hari lepas, sebuah akhbar tempatan melaporkan Siti Norzana Nordi, 12, kini terkandas di Mesuji, Lampung selepas dipercayai dijual kepada pihak ketiga dan dijadikan buruh paksa di daerah berkenaan.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment