My Add

Thursday 19 July 2012

Rasuah: Penyelia pasar mengaku tidak bersalah

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 19 Julai, 2012: Seorang penyelia pasar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini dihadapkan semula ke Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan menerima rasuah RM2,000 daripada seorang peniaga pasar malam, dua tahun lepas.

Bagaimanapun, tertuduh Azmi Che Mat, 57, dari Puchong, Selangor mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Zamzani Mohd. Zain.

Azmi didakwa secara rasuah memperoleh wang tunai RM2,000 daripada Mohd. Razip Ali sebagai balasan untuk mendapatkan lima lot petak pasar malam di Pekan Sungai Besi dan empat lot petak pasar malam di Desa Tasik Sungai Besi.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat DBKL Pasar Besar Pekan Sungai Besi pada 4.05 petang, 22 Mac 2010.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment