My Add

Wednesday 18 July 2012

Kes Muntik: Hukuman gantung terhadap peniaga kekal

PUTRAJAYARABU, 18 Julai, 2012: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam dua tahun lalu, yang menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap seorang peniaga pasar malam atas pertuduhan membunuh pembantu rumah warga Indonesia, Muntik Bani. 

Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, yang mengetuai panel tiga hakim dalam keputusan sebulat suara, berkata panel bersetuju bahawa penemuan fakta yang dibuat oleh hakim perbicaraan adalah betul dan tidak ada alasan untuk mengubahnya. 

Beliau berkata, panel tidak bersetuju dengan hujahan peguam perayu (Murugan) Hisham Teh Poh Teik bahawa pertuduhan terhadap Murugan seharusnya pertuduhan menyebabkan kematian mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan dan bukannya pertuduhan membunuh.
 
Panel, yang dianggotai hakim-hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin dan Datuk Mokhtaruddin Baki, mengesahkan penyabitan Murugan dengan pertuduhan membunuh dan seterusnya mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi. 

Murugan tidak menunjukkan sebarang reaksi selepas keputusan dibacakan. 

Murugan didakwa membunuh Muntik, 38, di rumahnya di Nombor 11, Jalan Datuk Yusof Shahbudin 6, Taman Sentosa, Klang, antara 18 Oktober dan 20 Okktober 2009. 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori. 

Kes itu mendapat perhatian umum apabila Muntik yang berasal dari Surabaya, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, selepas gagal bertindak balas terhadap rawatan yang diberi. 

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Kwan Li Sa. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment