My Add

Saturday 14 July 2012

Pasar raya disyor guna butang panik

PETALING JAYA, JUMAAT, 13 Julai, 2012: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesyorkan pemilik pusat beli-belah dan pasar raya di negara ini supaya memasang butang panik di lokasi tertentu di premis mereka bagi keselamatan pengunjung ketika berhadapan situasi cemas seperti jenayah dan bencana.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, menerusi pemasangan sistem keselamatan itu, pihaknya percaya jenayah yang kerap berlaku di kawasan terlibat seperti ragut, samun, cabul dan curi motosikal boleh diatasi.

"Ia juga sudah tentu boleh memberi keyakinan kepada orang ramai yang berkunjung ke pusat beli-belah," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan 300 ahli Persatuan Keselamatan Pemilik Perniagaan di Pusat Beli-belah Sunway Pyramid, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment