My Add

Tuesday 17 July 2012

Krisis air: Selangor salahkan Syabas

SHAH ALAM, ISNIN, 16 Julai, 2012: Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menyalahkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) sebagai punca berlakunya kekurangan bekalan air terawat di Lembah Klang dengan mendakwa syarikat itu tidak mampu memberi perkhidmatan yang baik kepada pengguna.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa, ketidakmampuan Syabas itu dilihat menerusi tunggakan syarikat itu kepada operator rawatan air sebanyak RM2.8 bilion sehingga April tahun ini, selain gagal menurunkan kadar air tidak berhasil (NRW) sebanyak 20 peratus mengikut perjanjian konsesi.

Dakwa beliau, berdasarkan laporan audit yang dilakukan oleh kerajaan negeri, Syabas juga tidak melaksanakan perbelanjaan modal (Capex) mereka dengan baik.

Malah Abdul Khalid turut menyatakan krisis bekalan air terawat membabitkan kawasan Lembah Klang pada masa ini tidak boleh disamakan dengan krisis air pada 1998 apabila memberi alasan tujuh empangan di Selangor mempunyai kapasiti air yang cukup dan melimpah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment