My Add

Tuesday 17 July 2012

Swasta terdedah rasuah

Oleh NORAZRIN MARZUKI
KUALA LUMPUR, ISNIN, 16 Julai, 2012: Ramai individu dalam sektor swasta tidak sedar bahawa transaksi kewangan membabitkan pemberi dan penerima boleh menjurus kepada penyelewengan dan disabitkan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.

Kebanyakan mereka menyangka transaksi biasa dalam urusan perniagaan tidak berunsurkan rasuah sedangkan ia boleh dikaitkan dengan jenayah itu jika melibatkan kelulusan sesuatu projek atau tender.

Disebabkan faktor itu, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Sutinah Sutan, pihaknya kurang menerima aduan berhubung penyelewengan yang berlaku dalam sektor swasta khususnya bahagian perolehan.

"Berikutan kurangnya laporan yang diterima SPRM melibatkan penyelewengan dalam sektor swasta, ramai beranggapan sektor awam dan kerajaan lebih banyak terlibat kes rasuah sedangkan swasta lebih berpotensi terlibat dalam penyelewengan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment