My Add

Monday 9 July 2012

Lagi pihak didakwa hina Sultan Johor

JOHOR BAHRU, AHAD, 88 Julai, 2012: Masih ada rakyat negara ini yang dikesan menggunakan laman sosial seperti Facebook dan Twitter untuk dijadikan medan menulis kata-kata berbaur penghinaan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Perkara tersebut dikesan dilakukan oleh pelajar institusi pengajian tinggi yang juga Setiausaha Media Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Shukri Kamarudin diwww.facebook.com/ahmadshukri.kamarudin dan twitter.com/shukri_rembau.

Ekoran itu, satu laporan dibuat Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) di Balai Polis Sentral pada pukul 12.57 tengah hari ini bagi membolehkan polis menyiasat secara terperinci kedua-dua laman sosial berkenaan.

Presiden PPPMM, A. Rahman Mahadi berkata, pihaknya terpanggil untuk membuat bantahan dan laporan kerana memandang serius kepada perbuatan menghina, mencemuh dan memperlekeh raja-raja Melayu yang rata-ratanya melibatkan orang Melayu sendiri. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment