My Add

Monday 9 July 2012

Pemimpin baru teraju MAYC

Oleh AZHARI ZAINOODDIN
KUALA LUMPUR, AHAD, 08 Julai, 2012: Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) kini diterajui oleh barisan kepimpinan baru dan lebih muda.

Peralihan kepimpinan MAYC tersebut dicapai melalui Mesyuarat Agung Tahunan Ke-52 persatuan berkenaan yang diadakan di Kompleks MAYC, di sini malam tadi.

Dalam mesyuarat yang dihadiri kira-kira 200 perwakilan MAYC di peringkat negeri itu, Mohd. Hasri Mohd. Hadzir dilantik sebulat suara bagi menerajui kepimpinan persatuan tersebut bagi penggal 2012/2014.

Kepimpinan MAYC kali ini dilakukan secara peralihan kuasa supaya kelangsungan persatuan ini dapat diteruskan.

Mohd. Hasri dilantik sebagai Presiden MAYC ketujuh menggantikan Mustaffa Mat Arof.

Sementara itu, jawatan Timbalan Presiden disandang oleh Nor Hasrul Nizam Mohd. Isa.

Mesyuarat berkenaan juga turut meluluskan usul penubuhan Kelab Sahabat MAYC bagi memberi ruang kepada ahlinya berusia 40 tahun ke atas terus aktif berpersatuan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment