My Add

Friday 20 July 2012

BAKTI siap 39,040 kotak makanan raya anggota keselamatan

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 20 Julai, 2012: Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) hari ini mengadakan majlis pembungkusan 39,040 kotak makanan hari raya bernilai RM370,880 untuk diagih kepada anggota keselamatan. 

Turut menyumbang untuk program itu ialah syarikat Dewina Food Industries Sdn Bhd yang menyediakan rendang daging, sambal ikan bilis, kuah kacang dan nasi himpit.

Isteri Perdana Menteri merangkap Yang Dipertua Bakti, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata kesemua bungkusan makanan itu akan diserah kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada Selasa ini. 

Sebanyak 20,000 kotak akan disampaikan kepada PDRM, 15,000 kotak untuk ATM dan 4,040 kotak kepada APMM, katanya kepada pemberita selepas bersama-sama anggota BAKTI membungkus sumbangan itu di Bangunan Bakti Siti Hasmah di sini, hari ini. 

Turut hadir isteri Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Yang Dipertua Bakti, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Ahli Kehormat Bakti, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. 

Rosmah turut melahirkan ucapan ribuan terima kasih kepada 56 anggota keselamatan daripada PDRM, ATM dan APMM serta 34 penuntut institusi pengajian tinggi yang turut terbabit dalam membungkus kotak makanan hari raya itu. 
- BERNAMA

No comments:

Post a Comment