My Add

Sunday 8 July 2012

Lawatan ke Indonesia berjaya, kata Muhyiddin

NUSA DUA (Bali), SABTU, 07 Julai, 2012: Lawatan enam hari Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Indonesia berjaya merapatkan dan meningkatkan lagi kerjasama dan hubungan dua hala dalam pelbagai bidang antara Malaysia dan Indonesia.

Itulah rumusan yang dibuat oleh Muhyiddin di akhir lawatannya ke republik itu yang mempunyai penduduk berjumlah 240 juta orang dan mempunyai sejarah yang panjang dalam hubungan dengan Malaysia.

Dalam lawatan beliau kali ini, Timbalan Perdana Menteri berbincang dan bertukar-tukar pandangan dengan Naib Presiden Indonesia Boediono semasa di Jakarta, mengenai perkara bersangkutan soal kepentingan bersama.

"Semasa pertemuan dengan Boediono, banyak yang kami bincangkan khususnya mengenai kepentingan bersama dua negara termasuk perdagangan, pelaburan serta kerjasama yang sudah terjalin seperti dalam bidang pertahanan, pendidikan dan bidang-bidang lain," katanya kepada wartawan Malaysia di sini.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment