My Add

Friday 6 July 2012

Malaysia rekod FDI tertinggi


*MUSTAPA Mohamed menjawab soalan pemberita pada pelancaran Laporan Pelaburan Dunia 2012 di Menara MIDA, Kuala Lumur, semalam. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN

Oleh NORLAILI ABD. RAHMAN
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 05 Julai, 2012: Malaysia merekodkan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) tertinggi dalam tempoh enam tahun kepada AS$11.97 bilion (RM37.85 bilion) bagi keseluruhan 2011, berbanding AS$9.10 bilion (RM28.78 bilion) yang direkodkan pada 2010 dan AS$1.45 bilion (RM4.586 bilion ) tahun sebelumnya.

Sektor pengeluaran terus menjadi penyumbang terbesar dengan aliran masuk FDI mewakili 44.6 peratus daripada keseluruhan pelaburan asing, diikuti sektor perkhidmatan (35 peratus), perlombongan dan kuari (20.1 peratus) dan pertanian, perhutanan dan perikanan (0.3 peratus).

Dengan mencatatkan FDI sebanyak RM37.85 bilion, Malaysia menduduki tangga ketiga selepas Singapura (RM202.40 bilion) dan Indonesia (RM59.79 bilion) di antara negara-negara anggota Asean, manakala Thailand berada di posisi keempat dengan pelaburan RM30.27 bilion. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment