My Add

Friday 13 July 2012

Liong Sik beri keterangan hari ini

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 12 Julai, 2012: Bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik yang didakwa atas tuduhan menipu kerajaan Malaysia, akan mula memberi keterangan membela diri Mahkamah Tinggi di sini, esok.

Liong Sik, 68, yang diwakili peguam, Wong Kian Kheong akan memberikan keterangan di hadapan Hakim Datuk Ahmadi Asnawi.

Bekas menteri Kabinet itu dibicarakan atas tuduhan menipu kerajaan Malaysia membabitkan pembelian tanah seluas 335.8 hektar milik Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB) di Pulau Indah, Klang berhubung Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Pada 9 Mac lalu, Hakim Ahmadi dalam keputusannya di akhir kes pendakwaan, mendapati wujud kes prima facie yang perlu dijawab oleh bekas Presiden MCA itu.

Menurut kertas pertuduhan, Liong Sik didakwa melakukan penipuan itu dengan tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta-fakta berkaitan pembelian tanah membabitkan RM1.08 bilion.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu antara 25 September dan 6 November 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment