My Add

Friday 27 July 2012

Majlis Ulama Negara wajar diketuai Yang di-Pertuan Agong

SEREMBAN, KHAMIS, 26 Julai, 2012: Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menyokong cadangan penubuhan Majlis Ulama Negara yang boleh memainkan peranan lebih besar dalam menguruskan pentadbiran agama Islam di negara ini.

Menurutnya, majlis tersebut juga sewajarnya dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong sesuai dengan peranan besar yang akan dimainkannya.

"Skop dan peranannya lebih besar dan keanggotaannya juga akan melibatkan pemikir Islam supaya percambahan idea dan pandangan dapat dikumpulkan serta dijana dalam satu landasan bagi mewujudkan pentadbiran Islam yang kemas di negara ini," katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, beliau tidak bersetuju jika majlis tersebut dijadikan sebagai sebahagian daripada parti. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment