My Add

Sunday 15 July 2012

Bersedia hadapi 'perang isu' - Khairy

JOHOR BAHRU, SABTU, 14 Julai, 2012: Ahli dan pemimpin Pergerakan Pemuda UMNO digesa bersiap sedia menghadapi 'perang isu' yang menjadi gelanggang politik alaf baru, sekali gus meningkatkan kemampuan menangkis segala dakwaan dan tohmahan yang dilemparkan pembangkang.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, peranan dan tanggungjawab pergerakan tersebut kini semakin besar termasuk membantu parti menjelaskan segala isu yang dimainkan pembangkang terutama dalam kalangan golongan muda.

Menurutnya, rakyat khususnya orang muda kini mudah mendapat akses serta maklumat termasuk yang datang daripada pembangkang melalui media baru seperti laman sosial facebook dan twitter.

''Isu-isu yang dimainkan oleh pembangkang kebanyakannya adalah fitnah dan sekiranya tidak dijelaskan dengan baik kepada rakyat, akhirnya ia akan menjadi satu kepalsuan yang diterima begitu sahaja." ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment