My Add

Friday 13 July 2012

Petronas bantu Orang Asli

*MOHAMMAD Medan Abdullah (kanan) melihat Orang Asli memainkan alat muzik Sewang pada Program Sentuhan Kasih Ramadan Petronas di Kampung Orang Asli, Bukit Kala, Gombak, Selangor, semalam.

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 12 Julai, 2012: Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) menyerahkan sumbangan kepada 550 keluarga Orang Asli di Kampung Orang Asli, Bukit Kala, Gombak sempena menyambut kedatangan Ramadan tidak lama lagi.

Program Sentuhan Kasih Ramadan itu disertai 100 sukarelawan melibatkan 80 kakitangan Petronas serta 20 rakan Facebook syarikat minyak tersebut.

Pengurus Besar Kanan Bahagian Hal Ehwal Korporat Kumpulan Petronas, Datuk Mohammad Medan Abdullah berkata, program bertujuan membantu masyarakat Orang Asli membuat persiapan menyambut Ramadan.

"Kira-kira 100 sukarelawan terlibat dalam menghulurkan pelbagai bantuan dan kelengkapan seperti barang-barang makanan, perabot untuk kegunaan surau serta 200 kerusi dan meja," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment