My Add

Sunday 15 July 2012

Pekebun kecil harus sayangi RISDA

MELAKA, SABTU, 14 Julai, 2012: Pekebun-pekebun kecil getah di seluruh negara diminta menghargai jasa bekas-bekas pemimpin dan mengiktiraf laluan sejarah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) sejak diwujudkan 40 tahun lalu.

Pengerusinya, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, kewujudan RISDA adalah semata-mata untuk memperjuangkan untung nasib pekebun kecil dari segi mengurangkan kadar kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup mereka.

Menurutnya, sebelum kewujudan RISDA, taraf ekonomi pekebun kecil amat daif selain dibelenggu kemiskinan serta jahil dari segi ilmu hingga mereka tidak mendapat perhatian sewajarnya.

''Tetapi sekarang dengan penglibatan 350,000 pekebun kecil di seluruh negara atas inisiatif pemimpin-pemimpin terdahulu mewujudkan RISDA, kita dapat lihat taraf kehidupan mereka jauh berbeza," yegasnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment