My Add

Friday 20 July 2012

MIM gesa restoran mamak tutup 2 jam semasa solat Jumaat

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 20 Julai, 2012 Majlis Madrasah India Muslim Malaysia (MIM) menggesa pengusaha-pengusaha restoran mamak di seluruh Malaysia menutup restoran selama dua jam pada waktu solat Jumaat bagi membolehkan pekerja Muslim menunaikan solat Jumaat.

Presidennya Jamal Abdul Hamid berkata pengusaha-pengusaha restoran kaum India Muslim juga harus menghormati bulan Ramadan dengan membenarkan pekerja menunaikan solat Tarawih di masjid.

"MIM memohon kepada pengusaha restoran agar membenarkan pekerja mereka menunaikan solat Jumaat dan Tarawih pada bulan Ramadan kerana kami ada menerima aduan daripada mereka mengatakan bahawa pemilik restoran tidak benarkan pergi ke masjid atas sebab pelanggan ramai berkunjung," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya MIM akan memantau dan melaporkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mengambil tindakan terhadap restoran tersebut. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment