My Add

Monday 16 July 2012

Suwaibah kongsi pengalaman tawan Gurun Sahara

*SUWAIBAH Muhammad Nasir mengutip derma daripada pelajar untuk mengisi dana Tabung Wakaf Water 4Gaza di Tanah Merah, semalam.

TANAH MERAH, AHAD, 15 Julai, 201: Seramai 200 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanah Merah (1) dan (2) di sini bertuah kerana berpeluang bertemu serta mendengar pengalaman yang dikongsikan pelari solo wanita negara, Suwaibah Muhammad Nasir.

Menurut Suwaibah, beliau memilih berkongsi pengalaman dan kejayaannya dalam misi menawan Gurun Sahara sejauh 1,111 kilometer dengan masyarakat serta pelajar di daerah itu kerana merupakan anak jati Kelantan.

“Saya berharap perkongsian pengalaman pahit manis dan suka duka saya dalam menamatkan misi larian merentasi gurun terpanas di dunia dapat meningkatkan semangat serta motivasi generasi muda di daerah kelahiran saya iaitu di Tanah Merah," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment