My Add

Tuesday 17 July 2012

Pengguna Islam beli bekalan Ramadan lebih awal

KUALA LUMPUR, ISNIN, 16 Julai, 2012: Kajian Nielsen tahun lepas menunjukkan 70 peratus daripada responden Islam menyimpan bekalan makanan bukan mudah rosak menjelang Ramadan.

Kajian itu juga menunjukkan bahawa satu daripada dua pembeli mula menyimpan bekalan satu bulan lebih awal iaitu pada Julai 2011 dalam persediaan menyambut Ramadan.

"Ini diteruskan sehingga ketika berpuasa pada Ogos 2011 dalam persediaan menyambut Hari Raya," kata Nielsen, pembekal maklumat dan analisa pembelian dan kemahuan pengguna utama dunia, dalam satu kenyataan hari ini.

Ia juga berkata, peningkatan kos sara hidup dan bahan mentah telah mendorong kira-kira satu perlima pengguna Islam di Semenanjung Malaysia untuk membeli barangan bukan mudah rosak lebih awal daripada Julai untuk menghindari daripada kemungkinan kos yang meningkat pada bulan-bulan selepas itu.

Pengarah Bersekutu Nielsen Malaysia Retail Measurement Services, Sandipan Sinha berkata tawaran promosi berterusan oleh pasar raya besar juga adalah salah satu faktor untuk membeli barangan pada harga lebih rendah apabila mereka mempunyai bajet lebihan sebelum Ramadan.

Kajian Nielsen Household Omnibus 2011 dijalankan antara 14 Oktober dan 9 November 2011 - BERNAMA

No comments:

Post a Comment