My Add

Friday 13 July 2012

Najib terima sambutan meriah pelajar UiTM

DUNGUN, JUMAAT, 13 Julai, 2012: Kira-kira 20,000 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dari seluruh negara menyambut ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena majlis Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) di Arena Square, di sini hari ini.

Perdana Menteri yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke negeri ini, tiba kira-kira pukul 10 pagi dengan menaiki helikopter dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu sebelum diarak dengan kumpulan bermotosikal.

Ketibaan Najib diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan.

Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang dan Naib Canselor UiTM, Datuk Prof. Dr. Ir. Shahol Hamid Abu Bakar.

Selepas itu, Perdana Menteri turut menghadiri majlis Kenduri Rakyat 100 Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) di dataran tersebut yang turut dihadiri ribuan org dari segenap lapisan masyarakat.

Rosli berkata, warga Dungun sangat teruja dengan lawatan rasmi kali pertama Perdana Menteri ke daerah ini kerana berpeluang menatap wajah beliau secara dekat dan mendengar ucapannya.

Menurut Rosli, bagi jamuan rakyat, sebanyak 40 ekor lembu telah ditumbangkan dengan pembahagian tugas memasak kepada 20 JKKK.

"Hidangan istimewa kita ialah gulai kawah yang begitu sinonim dengan masyarakat Terengganu, selain sayur goreng, sambal belacan dan goreng ikan masin sebagai pembuka selera," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment