My Add

Friday 13 July 2012

PM tiba di Terengganu untuk lawatan kerja sehari

KUALA TERENGGANU, JUMAAT, 13 Julai, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini, dengan pesawat khas pada kira-kira jam 9.10 pagi tadi untuk lawatan kerja sehari ke Terengganu. 

Ketibaan Najib disambut Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri dan pemimpin parti Barisan Nasional (BN) negeri. 

Perdana Menteri dan Ahmad kemudiannya menaiki helikopter ke Dungun untuk memulakan agenda pertama dalam rangka lawatannya iaitu melancarkan program 'Mengubah Destini Anak Bangsa' bersama warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Dungun dan masyarakat setempat di Dataran Arena, Dungun. 

Pada tengah hari, Najib akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Pekan Bukit Payong, Marang sebelum menghadiri Majlis Jamuan Rakyat di padang bola Kampung Bukit Payong. 

Pada petangnya, Perdana Menteri akan meneruskan programnya bersama kira-kira 20,000 anggota Ikatan Relawan Rakyat (RELA) seluruh Terengganu di Stadium Tertutup Gong Badak, di sini. 

Beliau dijadual pulang ke ibu negara selepas majlis itu. - BERNAM

No comments:

Post a Comment