My Add

Sunday 15 July 2012

Nik Aziz akui tahu kegiatan lombong haram

KOTA BHARU, SABTU, 14 Julai, 2012: Kerajaan Pas Kelantan mengaku menyedari tentang berlakunya kegiatan perlombongan emas secara haram sejak setahun lalu.

Malah Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau sendiri pernah membuat lawatan ke kawasan terbabit.

"Sedar, sedar. Dah lama dah sedarnya. Saya pergi dua kali dalam hutan sejak tahun dulu memang jumpa dengan orang yang duduk 'ayak' emas dengan tangan.

"Sekarang ini khabarnya menggunakan jentera. Lebih berani lagi," katanya ditemui selepas menghadiri seminar Pengukuhan Integriti Politik Kepimpinan Muslimat Pas Negeri Kelantan, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan mengenai berpuluh-puluh tapak perlombongan emas haram yang dikesan beroperasi di beberapa daerah di negeri ini sejak beberapa tahun lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment