My Add

Sunday 15 July 2012

Sambutan begitu menggalakkan - Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, SABTU, 14 Julai, 2012: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berpuas hati dengan sambutan begitu menggalakkan terhadap Hari Koperasi Negara 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini hari ini.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lebih 300 koperasi tempatan memenuhi semua tapak gerai yang disediakan.

Buat julung kalinya sambutan Hari Koperasi tahun ini, menurut beliau, menerima penyertaan dari negara ASEAN yang lain seperti Singapura, Brunei, Indonesia dan Thailand.

Beliau juga memberitahu, pihaknya terpaksa menangguhkan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Kementerian Koperasi Indonesia yang dijadualkan berlangsung hari ini.

''Penangguhan itu bertujuan memberi laluan kepada negara berkenaan meraikan majlis penutup Hari Koperasi Indonesia ke-65, juga pada hari ini," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas majlis penyampaian Anugerah Koperasi Cemerlang," katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment