My Add

Sunday 15 July 2012

Serang anggota SPRM macam Kelantan tiada undang-undang

KUALA KANGSAR, SABTU, 14 Julai, 2012: Kejadian 70 samseng menyerang pegawai dan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika bertugas di Perasu, Gua Musang, Kelantan dua hari lepas menggambarkan seolah-olah negeri itu tidak mempunyai undang-undang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang kecewa dengan kejadian itu berkata, tindakan undang-undang perlu diambil terhadap kumpulan yang tidak bertanggungjawab itu.

"Dah la buat perkara haram dan benda tak betul. Serang pula lagi pihak berkuasa. Ini menampakkan seolah-olah tidak ada undang-undang di sana (Kelantan)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan gelanggang Futsal di Taman Kuala Kangsar di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar hari ini yang menyebut sekumpulan 70 samseng bersenjatakan parang dan kayu bertindak menyerang pegawai dan anggota SPRM yang sedang bertugas di Perasu, Gua Musang, Khamis lepas. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment