My Add

Sunday 15 July 2012

Panel bebas antarabangsa puji Malaysia

KLUANG, SABTU, 14 Julai, 2012: Walaupun Malaysia hanya mempunyai 134,992 anggota polis untuk memberi perkhidmatan kepada 28.3 juta penduduknya, kecekapan pasukan keselamatan itu sehingga mampu menurunkan kadar jenayah jalanan mendapat pengiktirafan satu panel bebas antarabangsa yang meneliti indeks jenayah negara.

Malah panel bebas itu memuji dan kagum dengan pendekatan kerjasama antara agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri seperti polis, tentera, Ikatan Relawan Rakyat (Rela), Jabatan Penjara serta badan kehakiman bagi mengatasi jenayah serta mengendalikan kes dengan lebih cepat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Panel Antarabangsa Kajian Semula Mengurangkan Kadar Jenayah yang dianggotai Singapura, Hong Kong, Amerika Syarikat dan United Kingdom itu menyifatkan kerjasama tersebut sebagai berjaya dan merupakan yang pertama dilaksanakan di dunia. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment